Ini adalah aktiviti 'Balloon Dance', di mana kanak-kanak di dalam satu pasukan 3 orang akan memastikan belon mereka tidak jatuh ke lantai. Apabila muzik berhenti, mereka mesti memastikan belon mereka tidak bergerak dengan cara memegang / menangkap belon mereka.
Kemahiran yang dirangsang dan dilatih melalui aktiviti ini ialah:
- Kemahiran pergerakan badan / body-kinestetik; mereka meneroka apa pergerakan yang mereka boleh lakukan secara tidak sedar.
- Kemahiran bekerja / bermain secara berkumpulan.
- Kemahiran mendengar; sewaktu bermain, mereka masti menumpukan juga perhatian mereka kepada bunyi muzik. Latihan sebegini membantu anak untuk fokus...
- Keyakinan diri juga ditingkatkan kerana secara tidak langsung, oleh kerana mereka seronok dengan belon yang ada pada kumpulan mereka, mereka lupa sifat low-esteem yang ada pada mereka. Secara tidak sedar aktiviti ini dapat memecahkan low-esteem tersebut.
Aktiviti ini amat menyeronokkan dan yang paling penting objektif pembelajaran tercapai.
No comments:
Post a Comment