Sunday, February 20, 2011

Fun with COLOURS!!!


Antara medium yang digunakan paint roller....

finger paint....

span, berus.....

sprayer....

dan jangan lupa doa sebelum mulakan kerja yea...

Water paint yang kami gunakan dan anak-anak memakai baju Tshirt lama yang telah dibekalkan oleh ibubapa masing-masing agar uniform tidak kotor.

Ini merupakan aktiviti yang sepatutnya dilakukan di bulan-bulan awal sesi persekolahan. Selain dari anak-anak ini seronok bermain dengan warna, mereka sebenarnya belajar untuk bertolak ansur dan bersabar menunggu giliran untuk menggunakan peralatan yang terhad ini. Kebebasan mereka memanifestasikan kreativiti mereka lebih terserlah kerana tidak ada penilaian dan perbandingan yang dibuat ke atas hasil kerja mereka. Keyakinan mereka dirangsang melalui aktiviti ini.
Terdapat sebilangan kecil anak-anak yang tidak tahu untuk mula dari mana, setelah beberapa ketika melihat kawan-kawan mereka seronok bermain dengan pelbagai warna itu, barulah kumpulan ini memberanikan diri menyentuh medium dan meniru rakan-rakan mereka yang agak terkehadapan.
Rangsangan untuk mereka beradaptasi di dalam suasana sebegini sebenarnya datang dari rumah. Sekiranya anak-anak dibiasakan dengan pelbagai aktiviti, mereka tidak kekok. Mereka teruja untuk mencuba setiap aktiviti. Terdapat anak yang seolah-olah takut untuk menyentuh medium mewarna, namun setelah guru-guru memberi sedikit pujukan dan sokongan, barulah anak-anak ini mula meneroka dan menyertai aktiviti ini.
Aktiviti ini berakhir dengan cahaya kepuasan yang terpancar pada wajah kecil anak-anak ini. "Nanti kita main lagi ye Teacher...," kata beberapa orang kanak-kanak.











2 comments:

  1. Teachers and Children of Heaven,

    "The secret to success is to start from scratch and keep on scratching!"

    ReplyDelete
  2. This is a good activity. Well, who doesnt like to make a mess? Hah

    We ran a similar one in our Holiday Programs for Kids in Singapore

    ReplyDelete