Bagi seorang dewasa, untuk memintal sesuatu amat mudah & menyenangkan. Namun bagi seorang kanak-kanak, motor halus mereka yang masih belum berkembang dan belum kuat ototnya, suka untuk memintal. Aktiviti ini melatih mereka menggunakan otot & motor halus mereka dan secara tidak langsung menambah kekuatan pada otot dan merangsang perkembangan motor halus yang lebih mantap. Ini sangat penting untuk tujuan menulis nanti. Anak-anak yang tidak dirangsang motor halus mereka dengan sebaiknya dan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya, sukar menulis dengan cara yang betul dan mudah penat terutama apabila mereka masuk ke alam persekolahan yang sebenar nanti.
NASYRAH SERVICES
Showing posts with label aktiviti tadika. Show all posts
Showing posts with label aktiviti tadika. Show all posts
Thursday, February 24, 2011
Tema: My Body Sub-Tema: Merangsang motorhalus dengan memintal
Bagi seorang dewasa, untuk memintal sesuatu amat mudah & menyenangkan. Namun bagi seorang kanak-kanak, motor halus mereka yang masih belum berkembang dan belum kuat ototnya, suka untuk memintal. Aktiviti ini melatih mereka menggunakan otot & motor halus mereka dan secara tidak langsung menambah kekuatan pada otot dan merangsang perkembangan motor halus yang lebih mantap. Ini sangat penting untuk tujuan menulis nanti. Anak-anak yang tidak dirangsang motor halus mereka dengan sebaiknya dan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya, sukar menulis dengan cara yang betul dan mudah penat terutama apabila mereka masuk ke alam persekolahan yang sebenar nanti.
Sunday, February 20, 2011
Fun with COLOURS!!!
Terdapat sebilangan kecil anak-anak yang tidak tahu untuk mula dari mana, setelah beberapa ketika melihat kawan-kawan mereka seronok bermain dengan pelbagai warna itu, barulah kumpulan ini memberanikan diri menyentuh medium dan meniru rakan-rakan mereka yang agak terkehadapan.
Rangsangan untuk mereka beradaptasi di dalam suasana sebegini sebenarnya datang dari rumah. Sekiranya anak-anak dibiasakan dengan pelbagai aktiviti, mereka tidak kekok. Mereka teruja untuk mencuba setiap aktiviti. Terdapat anak yang seolah-olah takut untuk menyentuh medium mewarna, namun setelah guru-guru memberi sedikit pujukan dan sokongan, barulah anak-anak ini mula meneroka dan menyertai aktiviti ini.
Aktiviti ini berakhir dengan cahaya kepuasan yang terpancar pada wajah kecil anak-anak ini. "Nanti kita main lagi ye Teacher...," kata beberapa orang kanak-kanak.
Minggu pertama di Tadika Nasyrah
"Siapa yang seronok datang ke Nasyrah?" Tanya Teacher Zah....
"Kalau seronok, tak boleh nangis-nangis tau... Siapa nak datang Nasyrah esok?"
Oh! Azaim...buat apa tu?? Kawan-kawan sedang tekun dengar cerita. Hmmh...Danish asyik berkepit je dengan Teacher Dayah.
Labels:
activity,
aktiviti,
aktiviti tadika,
children,
kindergarten activity
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
