Thursday, February 24, 2011

Tema: My Body Sub-Tema: Merangsang motorhalus dengan memintal


Bagi seorang dewasa, untuk memintal sesuatu amat mudah & menyenangkan. Namun bagi seorang kanak-kanak, motor halus mereka yang masih belum berkembang dan belum kuat ototnya, suka untuk memintal. Aktiviti ini melatih mereka menggunakan otot & motor halus mereka dan secara tidak langsung menambah kekuatan pada otot dan merangsang perkembangan motor halus yang lebih mantap. Ini sangat penting untuk tujuan menulis nanti. Anak-anak yang tidak dirangsang motor halus mereka dengan sebaiknya dan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya, sukar menulis dengan cara yang betul dan mudah penat terutama apabila mereka masuk ke alam persekolahan yang sebenar nanti.

Sunday, February 20, 2011

Fun with COLOURS!!!


Antara medium yang digunakan paint roller....

finger paint....

span, berus.....

sprayer....

dan jangan lupa doa sebelum mulakan kerja yea...

Water paint yang kami gunakan dan anak-anak memakai baju Tshirt lama yang telah dibekalkan oleh ibubapa masing-masing agar uniform tidak kotor.

Ini merupakan aktiviti yang sepatutnya dilakukan di bulan-bulan awal sesi persekolahan. Selain dari anak-anak ini seronok bermain dengan warna, mereka sebenarnya belajar untuk bertolak ansur dan bersabar menunggu giliran untuk menggunakan peralatan yang terhad ini. Kebebasan mereka memanifestasikan kreativiti mereka lebih terserlah kerana tidak ada penilaian dan perbandingan yang dibuat ke atas hasil kerja mereka. Keyakinan mereka dirangsang melalui aktiviti ini.
Terdapat sebilangan kecil anak-anak yang tidak tahu untuk mula dari mana, setelah beberapa ketika melihat kawan-kawan mereka seronok bermain dengan pelbagai warna itu, barulah kumpulan ini memberanikan diri menyentuh medium dan meniru rakan-rakan mereka yang agak terkehadapan.
Rangsangan untuk mereka beradaptasi di dalam suasana sebegini sebenarnya datang dari rumah. Sekiranya anak-anak dibiasakan dengan pelbagai aktiviti, mereka tidak kekok. Mereka teruja untuk mencuba setiap aktiviti. Terdapat anak yang seolah-olah takut untuk menyentuh medium mewarna, namun setelah guru-guru memberi sedikit pujukan dan sokongan, barulah anak-anak ini mula meneroka dan menyertai aktiviti ini.
Aktiviti ini berakhir dengan cahaya kepuasan yang terpancar pada wajah kecil anak-anak ini. "Nanti kita main lagi ye Teacher...," kata beberapa orang kanak-kanak.











Minggu pertama di Tadika Nasyrah


"I don't want to wake up...I want my ayah & mama..." Adam with his bantal 'buchuk'nya.

"Siapa yang seronok datang ke Nasyrah?" Tanya Teacher Zah....


"Kalau seronok, tak boleh nangis-nangis tau... Siapa nak datang Nasyrah esok?"


Oh! Azaim...buat apa tu?? Kawan-kawan sedang tekun dengar cerita. Hmmh...Danish asyik berkepit je dengan Teacher Dayah.

Friday, February 4, 2011

Tadika NASYRAH berwajah baru...

Setelah hampir setahun, tidak mengemaskinikan blog TADIKA NASYRAH, tahun 2011 memberikan nafas baru kepada blog ini. Blog ini tidak sahaja memberi maklumat tentang aktiviti Tadika Nasyrah, namun juga berkongsi pengetahuan di dalam panduan kemahiran keibubapaan dan panduan pengajaran & pembelajaran yang menyeronokkan kepada para PENDIDIK awal kanak-kanak.

Selamat berkongsi ilmu pengetahuan.
Semoga anda terus b.l.a.s.t

-Teacher Suhaili Ikhsan-